>> "Kalaw ade mase Eizzack akan follow back korg nye link k...... thnx....n DOAKAN Eizzack berjaya dalam FINAL EXAM SEM II 2011/2012 start 11 JUNE nie :: sme2 la kita berdoa utk kejayaan kita bersama di dunia & AKHIRAT " <<
.:: Jika Anda Suka Post Ini Jangan Lupa Klik "LIKE" ::.
Setiap tahun tanggal 16 Mei merupakan hari yang sungguh bermakna kepada semua para pendidik. Tidak kira mereka mendidik di peringkat mana sekali pun ianya amat member impak yang begitu luar biasa. Hari Guru yang disambut setiap tahun ini merupakan satu hari yang menampakkan jasa guru dikalangan para pelajar dan penuntut. Hampir setiap sekolah di seluruh Malaysia mengadakan sambutan hari guru pada tanggal 16 Mei setiap tahun dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari para pelajar. Kiriman Terima Kasih dan Hadiah menyerikan lagi majlis sambutan tersebut. Linangan air mata kegembiraan tanda terharu para guru juga tidak boleh dilupakan. Dimana bumi di pijak di situ langit dijunjung. Bermula dari ibu bapa kita sebagai guru kemudian dihantar ke sekolah untuk menuntut ilmu sebenar daripada guru yang dianggap sebagai “Second Parents”. Lebih utama lagi jikalau guru-guru mendidik pelajar seperti “menatang minyak yang penuh” dan disertakan dengan kasih saying. Panggilan “anak-anakku” kepada para pelajar mengeratkan lagi hubungan mahabbah. “Mama, papa” juga dikalangan para pelajar kepada guru-guru juga tiada bezanya.
Dari kegelapan hadirnya cahaya,Membawa kami terus menimba ilmu,Dari kecil hingga ke tua,Tetap kami kenangkan akan jasamu.
Terima kasih daku ucapkan kepada guru-guru yang pernah mendidikku tanpa rasa jemu. Memarahiku tanda kasih dan sayang. Menuntunku kearah ilmu Allah yang sungguh luas seperti langit yang tiada penghujung dan laut yang tidak bertepi. Mengajarku dengan penuh kesabaran, kecekalan di hati dan jiwamu. Membesarkanku dengan penuh etika dan disiplin yang ditanam dalam jiwaku hinggalah kini Alhamdulillah daku berada di bawah lembayung UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA.
“TERIMA KASIH GURUKU / شكرا على خدماتكم“
DAKU RINDU AKAN KAMU . . . أشق اليكم جميعا
Bekas penuntut di :
TASKI ABIM AR-RAHMANIAH, KG. PANDAN, KUALA LUMPUR (97-98)
SEKOLAH RENDAH ISLAM AL-AMIN KUALA LUMPUR (99-04)
MAAHAD/SEK. MEN. HAFIZ, KLANG, SELANGOR (05-06)
SEKOLAH AGAMA MENENGAH TINGGI KUALA KUBU BHARU (07-10)
.:: SyukRaN JaZiLaN KeRaNa SuDi BaCa ::.
.:: Jika Anda Suka Post Ini Jangan Lupa Klik "LIKE" ::.
Sebenarnya tujuan ke Johor nie bukannya ape juz jadi ahli perbarisan untuk kwalan kehormatan sempena Sambutan Hari Ulangtahun Pertahanan Awam Kali ke-60 Peringkat Kebangsaan yang diadakan pada 24 Mac 2012. Walaupun hari kejadian 24 Mac 2012, kami bertolak ke Johor pada 22 Mac 2012. Kenapa awal sangat ? Sebabnya kami membuat latihan dahulu di Universiti Tun Hussein Onn, Batu pahat (UTHM). Terima kasih UTHM yang sudi berkalobrasi bersama ngan USIM.
22 MAC 2012
Kami bertolak pada jam lebih kurang 9 pagi dari Kolej Kediaman 1, USIM. Cadangnya kami akan berhenti rehat di Ayer Keroh untuk sarapan/makan pagi tetapi malangnya kawasan R&R tutup untuk diselenggara. So, perjalanan diteruskan. Tiba-tiba, dalam kenyenyakan tidur, kami dikejut untuk makan pagi di Pagoh. Alhamdulillah terisi jugak perut nie. Abes je makan, kami pun caw la. Setibanya di UTHM, ahli2 SISPA UTHM sedang berehat. Mula2 tengok Padang Kawad Palapes UTHM je muka kami dah terasa bahang kepanasan. Tapi kami tetap kuatkan semangat untuk menempuh latihan. Selepas taklimat ringkas, kami ke Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail untuk menyalin pakaian bagi mengikuti latihan pada jam 3 petang. So, petang tu kami menjalani latihan untuk pemilihan kawalan kehormatan tersebut. Tiba-tiba je hujan lebat. So, kami berhentilah seketika. Selepas hujan, latihan diteruskan sehingga ke petang jam 6.30. Malam kami diberi rehat secukupnya.
23 MAC 2012
Awal pagi lagi kami dah menunggu bas. Hari nie kami bergerak ke Padang Awam Paloh, Kluang. Hampir lebih kurang sejam perjalanan kami dari UTHM. Setibanya di sana, kami terkejut. Kenapa ??? Kami ingatkan tanah rata rupa2nya padang yan g penuh dengan lecak. Jam 11 kami mulakan latihan kami sehingga la ke petang.
24 MAC 2012
Seperti biasa pada sebelah pagi kami bersiap2 di UTHM sebelum ke Kluang. Tibalah hari yang dinantikan. KAmi buat dengan penuh semangat. Jam 3 kami pulang ke UTHM. Setelah taklimat serta penutup di UTHM kami pulang ke USIM. TAPI . . . Pihak pengurusan SISPA USIM bagi kami peluang untuk SHOPPING di Ayer Hitam. Whah…best nye….aq beli bantal angry bird and patung CJ7 yang cute sangat. Budak perempuan macam2 kot. Ade yang beli 3 ekor patung katak. Ade yang beli Chipmunks. Akhirnya kami tiba di USIM pada jam 10.30 malam dengan gembira. ALHAMDULILLAH.
.:: SyukRaN JaZiLaN KeRaNa SuDi BaCa ::.
.:: Jika Anda Suka Post Ini Jangan Lupa Klik "LIKE" ::.
Malam ni sebenarnya aq baru je abeh kilatkan kasut boot untuk latihan kawad kaki esok. Nampaknye malam ni kasut dah kilat tapi esok pagi tahu la kilat tu stay ke tak. Malam nie sangat2 bosan. Tapi tak tahu Why ? Tu yang peilk nya. Nak kata roommate lagi sorang gi Kem kepimpinan sebab tu bosan rasenya tak kot. Ntah la. Pagi tadi tyme kelas EAP kami di briefing untuk wat Mini Research untuk skop students USIM je. Tapi masalahnye tak dapat nak piker untuk buat research pasal apa. Lagi2 kumpulan pun Mdm x bagi lagi. So, idea2 yang ada pun juz bergelenang mcam tu je La. Aq nak mintak tolong korunk suma untuk berikan cadangan kat ruangan comment di bwah post nie. Hope korunk bagi cadangan yang best yerk. Thanx a lot. Tak tahu nak melalot ape lagi. Aq memang dah bosan tahap GABAN dah nie. So. Memang tak tahu nak wat ape2 lagi.
.:: SyukRaN JaZiLaN KeRaNa SuDi BaCa ::.
.:: Jika Anda Suka Post Ini Jangan Lupa Klik "LIKE" ::.
Permulaannyasey telah menggunakan nama MoZaiFa (http://mozaifa.blogspot.com) sejak tahun 2009 yang telah diambil daripada singkatan nama sey :: tetapi sebagai seorang yang menduduki KOTARAYA KUALA LUMPUR MoZaiFa tidak sesuai dan panjang untuk disebut dan hanya Cuma be rtahan untuk beberapa ketika sahaja:: oley itu sey pun bertukar ke EizZaCk :: perkataan ini juga diambil dari singkatan nama sey :: EizZaCk dalam Bahasa Arab )عزّك)membawa maksud KEMULIAAN MU. untuk pengetahuan para pembaca sey tak gunokan nama sebenar di dalam ALAM MAYA/SIBER. Nama EizZaCk ini juga telah popular sejak tahun 2010 sehingga kini di sekolah mahu pun dunia internet.. Dari kawan sehingga guru2 pun mengetahui akan nama itu serta memudahkan mereka mengingat den kembali. Nama ini juga telah kerap digunakan dikalangan senior2 SISPA USIM yang mengenali sey dari Facebook. So ::sey x kesah la ekau sumo nak panggil apo :: dan sey bercita2 untuk menubuhkan sebuah syarikat sendiri dibawah nama EizZaCk ::.
.:: SyukRaN JaZiLaN KeRaNa SuDi BaCa ::.
.:: Jika Anda Suka Post Ini Jangan Lupa Klik "LIKE" ::.