Sebenarnya tujuan ke Johor nie bukannya ape juz jadi ahli perbarisan untuk kwalan kehormatan sempena Sambutan Hari Ulangtahun Pertahanan Awam Kali ke-60 Peringkat Kebangsaan yang diadakan pada 24 Mac 2012. Walaupun hari kejadian 24 Mac 2012, kami bertolak ke Johor pada 22 Mac 2012. Kenapa awal sangat ? Sebabnya kami membuat latihan dahulu di Universiti Tun Hussein Onn, Batu pahat (UTHM). Terima kasih UTHM yang sudi berkalobrasi bersama ngan USIM.
22 MAC 2012
Kami bertolak pada jam lebih kurang 9 pagi dari Kolej Kediaman 1, USIM. Cadangnya kami akan berhenti rehat di Ayer Keroh untuk sarapan/makan pagi tetapi malangnya kawasan R&R tutup untuk diselenggara. So, perjalanan diteruskan. Tiba-tiba, dalam kenyenyakan tidur, kami dikejut untuk makan pagi di Pagoh. Alhamdulillah terisi jugak perut nie. Abes je makan, kami pun caw la. Setibanya di UTHM, ahli2 SISPA UTHM sedang berehat. Mula2 tengok Padang Kawad Palapes UTHM je muka kami dah terasa bahang kepanasan. Tapi kami tetap kuatkan semangat untuk menempuh latihan. Selepas taklimat ringkas, kami ke Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail untuk menyalin pakaian bagi mengikuti latihan pada jam 3 petang. So, petang tu kami menjalani latihan untuk pemilihan kawalan kehormatan tersebut. Tiba-tiba je hujan lebat. So, kami berhentilah seketika. Selepas hujan, latihan diteruskan sehingga ke petang jam 6.30. Malam kami diberi rehat secukupnya. 23 MAC 2012
Awal pagi lagi kami dah menunggu bas. Hari nie kami bergerak ke Padang Awam Paloh, Kluang. Hampir lebih kurang sejam perjalanan kami dari UTHM. Setibanya di sana, kami terkejut. Kenapa ??? Kami ingatkan tanah rata rupa2nya padang yan g penuh dengan lecak. Jam 11 kami mulakan latihan kami sehingga la ke petang.
24 MAC 2012
Seperti biasa pada sebelah pagi kami bersiap2 di UTHM sebelum ke Kluang. Tibalah hari yang dinantikan. KAmi buat dengan penuh semangat. Jam 3 kami pulang ke UTHM. Setelah taklimat serta penutup di UTHM kami pulang ke USIM. TAPI . . . Pihak pengurusan SISPA USIM bagi kami peluang untuk SHOPPING di Ayer Hitam. Whah…best nye….aq beli bantal angry bird and patung CJ7 yang cute sangat. Budak perempuan macam2 kot. Ade yang beli 3 ekor patung katak. Ade yang beli Chipmunks. Akhirnya kami tiba di USIM pada jam 10.30 malam dengan gembira. ALHAMDULILLAH.
.:: SyukRaN JaZiLaN KeRaNa SuDi BaCa ::.
0 comments:
Post a Comment