Tanggal 17 April 2010 merupakan hari bersejarah ana kerana berjaya menjejakkan kaki ke satu UJIBAKAT yang belum pernah ana sertai selama hayat ana. Bukan ujibakat AKADEMI FANTASIA,bukan ujibkat ONE IN A MILLION,bukan ujibzkat MENTOR,bukat ujibkat MyStar LG,bukan ujibakat BINTANG RTM atau sehubungan dengan itu. TETAPI ujibakat yang ana sertai adalah ujibakat pencarian IMAM MUDA TERUNGGUL anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama penerbitan ASTRO OASIS (106). Dikemudikan oleh Ustaz Hassan Mahmud al-Hafiz sebagai Mudir,Ustaz Shahrizan sebagai Mentor dan dipengerusikan oleh Ustaz Hj. Dzulkarnain bin Hj. Hamzah. Pada mulanya berasa berat hati kerana ana kini sedang menduduki pengajian Tamhidi Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di Kuliah Tamhidi Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu. Mahu tak mahu kaki telah sampai di Kompleks Pusat Islam Kuala Lumpur yang berhadapan dengan Masjid Negara Kuala Lumpur. Dari pukul 9 pagi sehingga 3 ptg ana menunggu. Tepat jam 3.10 p.m. nombor giliran ana dipanggil 1 6 6 4. Seluruh badab dan kaki menggigil ditambah pula berhadapan dengan para ibu bapa dan penonton serta Kamera dan Jurukamera yang tepat dihadapan ana dengan spotlight2. Imam Masjid Jamek KL . . "Sila perkenalkan diri anda." >...." Sila baca Suratul Fatihah dengan gaya anda tersendiri...." Pergh...nak kata seluruh anggota bergetar bak silent handphone. setelah tamat bacaan Imam berkata . . . " dengan bacaan yang anda pamerkan sebentar tadi maka . . . . saya menolak anda dari Program pencarian ImaM MUDa ASTRO O
ASIS. Oleh itu ana pun pulang dengan hati yang hiba. tetapi umur masih muda . . . masih banyak masa lagi untuk ana sertai pada masa akan datang. . . INSYA ALLAH.


0 comments:
Post a Comment