BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM . . . .
Alhamdulillah, hari ini ana bersyukur sangat-sangat ke hadrat allah s.w.t. kerana dengan limpah kurnianya ana dapat hidup selama 18 tahun di atas muka bumi di dunia yang fana ini. Di kesempatan ini juga ana nak mintak maaf kepada semua manusia yang mengenali ana. Lebih-lebih lagi SAHABAT-SAHABAT dan GURU-GURU ana di semua institusi pengajian yang ana belajar bersama-sama anda. Tidak lupa juga kepada TN. HAJI ZAINORDIN dan PN. AZIMAH selaku ibu bapa ana yang telah mendidik serta memberi tunjuk ajar dalam kehidupan ana selama 18 tahun ini. Yang disayangi, kakak-kakak ana yang terdiri daripada INTAN BAIZURA (Kak Long), NURUL AIDA (Kak Ngah) dan NUR NADZIRAH (Kak Lang) dan MUHAMMAD ZAINOR FAIZAL adik ana yang telah banyak memberi sokongan dan dorongan dalam pelajaran dan kehidupan ana yang serba kekurangan ini. Semua bakti yang telah dicurahkan ana dahulukan dengan jutaan terima kasih.
SALAM SAYANG UNTUK SEMUA !
0 comments:
Post a Comment