Pages

Masuk paper lagi ! ! !



Alhamdulillah gambar den masuk paper layi :: syukur sgt msuk SISPA USIM nie ::. jgn jeles ye....sem 1 dh masuk UTUSAN (gotong royong tasik FEM, pesta Convo 2011)...sem1 jgk msuk BERITA NASIONAL (kawad lalu, perhimpunan sispa 2011), sem2 je mnyepi...manakala sem3 terus membara.....dgn skali 2 paper yg kuarkan... thnx KOSMO, METRO, TV1....x lpe jgk SISPA USIM.....walaupun tiada kene mngena pihak media dgn SISPA USIM.
_________________________________
.:: SyukRaN JaZiLaN KeRaNa SuDi BaCa ::.

MAGHFIRATULLAH yang SUNGGUH >>



Lama rasenye tak menulis blog ni. Al-maklum la busy la katakan. Dengan study week, final exam, language support program la dengan latihan pusat di PERTAHANAN AWAM N.9, Pertandingan KOR SISPA @ UMT, Terengganu. La nie baru dapat nak menulis balik. 

Nie pun nak kongsikan sedikit tentang RAMADHAN :.  

La nie dah masuk FASA KEDUA dalam bulan Ramadhan yang penuh berkat iaitu Fasa MAGHFIRAH. Apa yang anda faham tentang maghfirah > ? Dari segi bahsanya ialah KEAMPUNAN. Walaupun Allah yang menjemput kita hadir ke bulan Mulia ini, Allah juga mengammpunkan segala dosa2 kita yang telah lalu. Tapi dengan syarat la. Kita mesti la berpuasa dengan penuh keimanan dan pengharapan dengan janji2 Allah (Ihtisab) 
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : من صام رمضان 
إيمانا واحتسابا ، غُفر له ما تقدم من ذنبه
  رواه الشيخان
Rasulullah Salallahu alaihi wa sallam bersabda.
“Ertinya : Barang siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan berharap pahala Allah, maka diampuni dosa-dosanya di masa lalu.” (Hadits Riwayat Imam Bukhori dan Imam Muslim)


Oleh itu, sebagai seorang Hamba Allah kita hendaklah selalu memohon KEAMPUNAN kerana keampunan Allah itu sangat luas seperti luas nya lautan yang tidak bertepi langit yang terbentang tanpa penghujung. Dibulan yang penuh dengan kemuliaan ini sama2lah kita bermuhasabah balik apa yang kita telah lakukan. 

Firman Allah dalam Surah Al-Mulk :

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلا

Allah melihat AHSANU AMALA iaitu amalan yang terbaik KUALITINYA bukan KUANTITINYA.

Bulan2 Ramadhan nie teringat pulak dengan suasana sekolah di Ma'ahad/Sek. Men. Hafiz, Klang/Sg. Pinang. Lebih2 lagi baru2 ni keluar dalam dokumentari KALAMULLAH di KACA TV.

.:: SyukRaN JaZiLaN KeRaNa SuDi BaCa ::.

Syaaban Oh Syaaban ::. Ape fadhilatMu ??



Erti Syaaban ialah berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraiysh pada waktu itu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.

Dan apabila Rasulullah SAW datang, beliau mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah SAW telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya. Diantara hadis yang paling masyhur ialah; Rasulullah SAW bertanya kepada sahabat-sahabatnya,

“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah SAW, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

Fadhilat Syaaban

Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:
Memperbanyakkan puasa sunat Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW. lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.

Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."


Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)


Bertaubat Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."

.:: SyukRaN JaZiLaN KeRaNa SuDi BaCa ::.

Segment : Team Follow Back by AmerCorner




Jom JOIN this contest

klik banner dan join sebelum 30 jun 2012 !

bilangan follower sekarang : 73 followers

jom join !

>> "Kalaw ade mase Eizzack akan follow back korg nye link k...... thnx....n DOAKAN Eizzack berjaya dalam FINAL EXAM SEM II 2011/2012 start 11 JUNE nie :: sme2 la kita berdoa utk kejayaan kita bersama di dunia & AKHIRAT " <<

Selamat Hari Guru ::.




Setiap tahun tanggal 16 Mei merupakan hari yang sungguh bermakna kepada semua para pendidik. Tidak kira mereka mendidik di peringkat mana sekali pun ianya amat member impak yang begitu luar biasa. Hari Guru yang disambut setiap tahun ini merupakan satu hari yang menampakkan jasa guru dikalangan para pelajar dan penuntut. Hampir setiap sekolah di seluruh Malaysia mengadakan sambutan hari guru pada tanggal 16 Mei setiap tahun dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari para pelajar. Kiriman Terima Kasih dan Hadiah menyerikan lagi majlis sambutan tersebut. Linangan air mata kegembiraan tanda terharu para guru juga tidak boleh dilupakan. Dimana bumi di pijak di situ langit dijunjung. Bermula dari ibu bapa kita sebagai guru kemudian dihantar ke sekolah untuk menuntut ilmu sebenar daripada guru yang dianggap sebagai “Second Parents”. Lebih utama lagi jikalau guru-guru mendidik pelajar seperti “menatang minyak yang penuh” dan disertakan dengan kasih saying. Panggilan “anak-anakku” kepada para pelajar mengeratkan lagi hubungan mahabbah. “Mama, papa” juga dikalangan para pelajar kepada guru-guru juga tiada bezanya.

Dari kegelapan hadirnya cahaya,Membawa kami terus menimba ilmu,Dari kecil hingga ke tua,Tetap kami kenangkan akan jasamu.

Terima kasih daku ucapkan kepada guru-guru yang pernah mendidikku tanpa rasa jemu. Memarahiku tanda kasih dan sayang. Menuntunku kearah ilmu Allah yang sungguh luas seperti langit yang tiada penghujung dan laut yang tidak bertepi. Mengajarku dengan penuh kesabaran, kecekalan di hati dan jiwamu. Membesarkanku dengan penuh etika dan disiplin yang ditanam dalam jiwaku hinggalah kini Alhamdulillah daku berada di bawah lembayung UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA.

“TERIMA KASIH GURUKU / شكرا على خدماتكم

DAKU RINDU AKAN KAMU . . . أشق اليكم جميعا 

Bekas penuntut di :
TASKI ABIM AR-RAHMANIAH, KG. PANDAN, KUALA LUMPUR (97-98)
SEKOLAH RENDAH ISLAM AL-AMIN KUALA LUMPUR (99-04)
MAAHAD/SEK. MEN. HAFIZ, KLANG, SELANGOR (05-06)
SEKOLAH AGAMA MENENGAH TINGGI KUALA KUBU BHARU (07-10)



.:: SyukRaN JaZiLaN KeRaNa SuDi BaCa ::.

Ke JohoR . . Wat apE /??


Sebenarnya tujuan ke Johor nie bukannya ape juz jadi ahli perbarisan untuk kwalan kehormatan sempena Sambutan Hari Ulangtahun Pertahanan Awam Kali ke-60 Peringkat Kebangsaan yang diadakan pada 24 Mac 2012. Walaupun hari kejadian 24 Mac 2012, kami bertolak ke Johor pada 22 Mac 2012. Kenapa awal sangat ? Sebabnya kami membuat latihan dahulu di Universiti Tun Hussein Onn, Batu pahat (UTHM). Terima kasih UTHM yang sudi berkalobrasi bersama ngan USIM.

22 MAC 2012
Kami bertolak pada jam lebih kurang 9 pagi dari Kolej Kediaman 1, USIM. Cadangnya kami akan berhenti rehat di Ayer Keroh untuk sarapan/makan pagi tetapi malangnya kawasan R&R tutup untuk diselenggara. So, perjalanan diteruskan. Tiba-tiba, dalam kenyenyakan tidur, kami dikejut untuk makan pagi di Pagoh. Alhamdulillah terisi jugak perut nie. Abes je makan, kami pun caw la. Setibanya di UTHM, ahli2 SISPA UTHM sedang berehat. Mula2 tengok Padang Kawad Palapes UTHM je muka kami dah terasa bahang kepanasan. Tapi kami tetap kuatkan semangat untuk menempuh latihan. Selepas taklimat ringkas, kami ke Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail untuk menyalin pakaian bagi mengikuti latihan pada jam 3 petang. So, petang tu kami menjalani latihan untuk pemilihan kawalan kehormatan tersebut. Tiba-tiba je hujan lebat. So, kami berhentilah seketika. Selepas hujan, latihan diteruskan sehingga ke petang jam 6.30. Malam kami diberi rehat secukupnya.






23 MAC 2012
Awal pagi lagi kami dah menunggu bas. Hari nie kami bergerak ke Padang Awam Paloh, Kluang. Hampir lebih kurang sejam perjalanan kami dari UTHM. Setibanya di sana, kami terkejut. Kenapa ??? Kami ingatkan tanah rata rupa2nya padang yan g penuh dengan lecak. Jam 11 kami mulakan latihan kami sehingga la ke petang. 










24 MAC 2012
Seperti biasa pada sebelah pagi kami bersiap2 di UTHM sebelum ke Kluang. Tibalah hari yang dinantikan. KAmi buat dengan penuh semangat. Jam 3 kami pulang ke UTHM. Setelah taklimat serta penutup di UTHM kami pulang ke USIM. TAPI . . .  Pihak pengurusan SISPA USIM bagi kami peluang untuk SHOPPING di Ayer Hitam. Whah…best nye….aq beli bantal angry bird and patung CJ7 yang cute sangat. Budak perempuan macam2 kot. Ade yang beli 3 ekor patung katak. Ade yang beli Chipmunks. Akhirnya kami tiba di USIM pada jam 10.30 malam dengan gembira. ALHAMDULILLAH.

.:: SyukRaN JaZiLaN KeRaNa SuDi BaCa ::.

HyE ! ToLoNg bLey x ?


JUMAAT (16 MAC 2012)

Malam ni sebenarnya aq baru je abeh kilatkan kasut boot untuk latihan kawad kaki esok. Nampaknye malam ni kasut dah kilat tapi esok pagi tahu la kilat tu stay ke tak. Malam nie sangat2 bosan. Tapi tak tahu Why ? Tu yang peilk nya. Nak kata roommate lagi sorang gi Kem kepimpinan sebab tu bosan rasenya tak kot. Ntah la. Pagi tadi tyme kelas EAP kami di briefing untuk wat Mini Research untuk skop students USIM je. Tapi masalahnye tak dapat nak piker untuk buat research pasal apa. Lagi2 kumpulan pun Mdm x bagi lagi. So, idea2 yang ada pun juz bergelenang mcam tu je La. Aq nak mintak tolong korunk suma untuk berikan cadangan kat ruangan comment di bwah post nie. Hope korunk bagi cadangan yang best yerk. Thanx a lot. Tak tahu nak melalot ape lagi. Aq memang dah bosan tahap GABAN dah nie. So. Memang tak tahu nak wat ape2 lagi.
 
.:: SyukRaN JaZiLaN KeRaNa SuDi BaCa ::.

EizZaCk ! ! ! what's the meaning ? ? ?

Permulaannya sey telah menggunakan nama MoZaiFa (http://mozaifa.blogspot.com) sejak tahun 2009 yang telah diambil daripada singkatan nama sey :: tetapi sebagai seorang yang menduduki KOTARAYA KUALA LUMPUR MoZaiFa tidak sesuai dan panjang untuk disebut dan hanya Cuma be rtahan untuk beberapa ketika sahaja  :: oley itu sey pun bertukar ke EizZaCk :: perkataan ini juga diambil dari singkatan nama sey :: EizZaCk dalam Bahasa Arab )عزّك)membawa maksud KEMULIAAN MU.  untuk pengetahuan para pembaca sey tak gunokan nama sebenar di dalam ALAM MAYA/SIBER. Nama EizZaCk ini juga telah popular sejak tahun 2010 sehingga kini di sekolah mahu pun dunia internet.. Dari kawan sehingga guru2 pun mengetahui akan nama itu serta memudahkan mereka mengingat den kembali. Nama ini juga telah kerap digunakan dikalangan senior2 SISPA USIM yang mengenali sey dari Facebook. So ::  sey x kesah la ekau sumo nak panggil apo :: dan sey bercita2 untuk menubuhkan sebuah syarikat sendiri dibawah nama EizZaCk ::.
 
.:: SyukRaN JaZiLaN KeRaNa SuDi BaCa ::.

Nak tahu tak ! ! !

 
.:: KHAMIS ::.
 

Hari nie dari pagi sampai la tengahari HUJAN :: Alhamdulillah RAHMAT Allah :: ditambah dengan bosan sebab xde kelas langsung hari nie :: pagi tertidu lama sangat dari lepas SUBUH samapai ke pokol 11 pagi ::>> 2 pun sebab kesan dari makan UBAT BATUK ::. So bila dah bosan2 macam nie ana teruskan dengan EDIT BLOG ana >>> lenih2 lagi subjek WEB GRAPHICS kene wat blog as an ASSIGNMENT to us . . . lepas Zohor sampai la asar baru siap and puas hati ngan blog ana. . . 


after that ana nak ceritakan sedikit sebanyak tentang RAGAM di dalam DEWAN KULIAH :: macam2 ragam yang dipertontonkan ade yang tekun dan ade jugak yang tak tekun :: mungkin diorang nie BOSAN :: mungkin juga MENGANTUK coz tak cukup tidur kat Kolej kediaman kot :: kalau tak pun dorang nie SAJE2 je nak PUBLISITI :: > ? Saya pun tak tahu ? ? ? Saya pulak kalau bosan dalam Dewan saya akan tengok ragam2 orang lain so BERTUAH la sape2 yang dapat masuk dalam EizZaCk’s bLoG nie :: SWIE yer ::.
 
 
.:: SyukRaN JaZiLaN KeRaNa SuDi BaCa ::.

aRgHhH >> DuGaaN2 ::.

 
< :: RABU 7 MAC 2012 ::>

Pagi >>
 
Sejak hari Sabtu sampai la hari ni ana kena demam. So, tak de mase la nak tulis blog nie. Laptop pun malas nak buka. Balik je kuliah/kelas ana tidur coz x tahan. Hari nie pagi2 dah ada kuliah KOMUNIKASI DAKWAH :: alhamdulillah tak banyak sangat belajar juz lecturer banyak cerita + lakonan HIWAR ARAB kat depan dewan + GAME :: so xde la beban sangat hari ni :: ditambah pula duduk sebelah Asnawi yang asyik2 ana yang kene bahan disebabkan BATUK yang masih tidak kurang baiknya. Tambah pula, Adli yang duduk sebelah Nawi pon 2x5 je :: Wateva la :: asalkan ana masih ade kehidupan ::.

Petang >>

Macam biasa ade KOKO . . . SISWA SISWI PERTAHANAN AWAM (SISPA) USIM datang2 je kelas dengan keadaan yang dah kelam kabut coz lambat + batuk selsema tak pasal2 Safii (bendahari) call ana swuh datang STADIUM TERTUTUP NILAI . . .  arghhh . . . geramnya . . . grrrrrr….. nak tahu sebab ape..? sebabnya ana terpilih untuk sertai pasukan KAWAD KEHORMAT USIM untuk ke Majlis Sambutan Hari Pertahanan Awam Se-Malaysia di Johor pada 22-25 Mac 2012 Nanti . . . As I know nanti ktorang akan menginap di UTHM selama 2 hari untuk sesi latihan selanjutnya :: tapi yang paling tak bestnya kat USIM pun ada latihan jugak . . .  erm . . 3 kali RABU kena gi latihan 2 kali SBTU & AHAD pun kene gi Latihan :: but ana REDHA JE ::.
 
 
.:: SyukRaN JaZiLaN KeRaNa SuDi BaCa ::.

Alahai > . . boSaN nyE :>


23 FEBRUARI 2012

Kalau ikot tajuk, must korang pelikkan kenapa aku kata "Alahai. . . bosan Nye" sedangkan aku nie selalu CERIA (smbil tgn di bahu dongak kple ke atas)...hahahahhah....Actually, today is very boring day because . .

1st >> today I don't have any lecture...the first week of sem 2 mostly we have many free because our tutorial classes not start yet.

2nd >> today I not go to somewhere and only @ Students Residental 1 / KK1 .

3rd >> not have any roomwork/assignment to do together with friends.


24 FEBRUARI 2012

Today also like Thursday, but we have KHUTBAH JUMAAT. The khutbah was read by a man that we don;t know him. The khutbah is fully in ARABIC LANGUAGE. i don't know that other students understand it or not. But I can understand it a little bit and the summary is very useful to improve ourself as a 'IBADULLAH ::.

This afternoon (1500-1700) we have an English for academic Purposes class :: we learnt about informal conversation at the counter and as a journalist. Very2 fun and intersting. Besides that, it is very useful to ourlife.
.:: SyukRaN JaZiLaN KeRaNa SuDi BaCa ::.

Pengembaraan diteruskan !

 << 22 FEBRUARI 2012 >>

** 8.00 am
Pagi ni ade kelas AMALAN DAN KOMUNIKASI DAKWAH. 3 JAM. Fully ARABIC. Lecturer pun dari EGYPT/MESIR. Kitab pun kitab dari Mesir. Tapi hari ni just briefing jugak. Maklumlah kuliah pertama. Must la kene briefing. Macam rumah la kalau tak de pintu macam pelik je. So. pensyarah kate n terus berkata2 dan berkata2 lagi. Walaupun gully Arabic tapi kami tertawa jugak dengan lawak2 yang diutarakannya. Kelas ni plak ade 3 kali break. Nama pun 3JAM. Mana boleh tumpu straight. So, dia bagi la rehat. FUH ! LEGA ! P & P plak pun dbahagi 3 >> 1jam pertama Dakwah >> 1jam kdua Bahasa Arab >> 1jam ketiga Munaqashah.

** 2.00pm
Sekarang nie macam biasa la. Tyme KO-KURIKULUM. Kwan2 ramai dh abes koko sbb nye koko dorang 1 semester je. Kita nie 4 Semester berkredit. Unit beruniform la kate kan. Hari nie just TAKLIMAT je untuk SEMESTER 2. Banyak jugak penambaikan yang dilakukan. Antara satunya >> JADUAL KULIAH & PRAKTIKAL. Senang nak bahagikan masa dikemudian hari. Thanx to Pegawai2 yang memahami diri kami yang kerdil ini.

.:: SyukRaN JaZiLaN KeRaNa SuDi BaCa ::.

Apa ? Hari kedua je dah !

 
<< 21 FEBRUARI 2012 >>
 
> 8.00AM <
Pagi nie kursus Bahasa Arab Sains Sosial. Tapi macam semalam jugak la. Lecturer tak masuk lagi. Kelas pagi2 dah happy tapi nak wat camne lagi :: dh takdir ketentuan. So kami duduk dalam setengah jam je. Then BREAKFAST.

> 10.00am <
Sekarang kursus PENGKALAN DATA MULTIMEDIA pulak atau bahasa lain "DATABASE MANAGEMENT". Kami tunggu sekejap je. Then pensyarah pun masuk and bagi briefing tentang kursus. Lebih kurang sejam. Pastu dia (lecturer) proceed ke Chapter 1. Pergh. .  mengantuk plak subjek nie tapi kalau dah buku and nota2 mesti best la KOT.

> 12.00 pm <
Kelas nie straight je lepas kelas atas tadi. Letih sket la. Kali nie lecturer masuk kelas and kami berkenalan antara satu sama lain dengan menggunakan Visual Aid. Tapi kenal2 dalam group je. Memang happy and too FUN.
 
.:: SyukRaN JaZiLaN KeRaNa SuDi BaCa ::.

1st Day @ SeMestEr 2 :: >

< : : 20 FEBRUARI 2012 : : >
 
(8.00am)
Hari ini aku memulakan langkah pertama sebagai seorang mahasiswa Semester 2 Sarjana Muda Pengajian Al-quran dengan Multimedia di Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai. Langkahan pertama menyentuh lantai marmar Fakulti Pengajian Al-quran dan Sunnah. Tanganku membuka pintu dewan kuliah pertama bagi Semester 2 ini di DKS 2.1 FPQS. Ku menunggu pensyarah yang bakal tiba dengan penuh semangat dan excited untuk kursus ILMU TAJWID. Akhirnya penantian yang ditunggu selama 1 jam berakhir dengan dukacita kerana pensyarah tidak dapat menghadirkan diri.

(11.00am)
Kuteruskan tapak kaki ke BT 1.6 FPQS. Sekarang ini bagi kursus Bahasa Arab Sains Sosial. Macam best je dengaq. Sains sosial ? Entah la. Macam2 bermain di fikiran. So, tunggu la pensyarah. Seperti biasalah kalau minggu pertama maka memang ramailah lecturer yang payah nak jejakkan kaki di bilik2 kuliah dorang. Takpe aku redha je.
 

(4.00pm)
Nie la masa yang ditunggu2. Sebab apa ? Coz kursus ini namaya PENGANTAR GRAFIK LAMAN WEB. So happy. Nasib baik pensyarah datang. Al-maklumlah dah petang, kalau pensyarah tak datang memang penatlah. Kami diberi briefing jer tentang subjek ni. Lecturer plak sporting gak. So, petang nie memang happy.
 
 
.:: SyukRaN JaZiLaN KeRaNa SuDi BaCa ::.

Alhamdulillah ! My result ::>


Hari ini Eizzack nak cerita sket berkaitan dengan result final exam Eizzack untuk Semester 1 sesi 2011/2012 bagi program Sarjana Muda Pengajian Al-quran dengan Multimedia di Universiti Sains Islam Malaysia. Alhamdulillah pada 16 Februari 2012 result telah pun dapat disemak di Portal Rasmi Pelajar iaitu Portal e-Wadi USIM yang telah pun sesak selama dua (2) hari akibat adanya perlanggaran antara no2 matrix studentsnye.

Portal e-Wadi

Tapi apa2 hal pun Eizzack berasa bersyukur sangat2 kerana pada hari ini portal tersebut dalam di buka dengan lancar tanpa sebarang masalah. Result pun dapat tengok dengan baik serta pendaftran untuk sem 2 pun berjalan lancar tanpa sebarang masalah yang tidak diingini.
Pendaftaran Kursus

Maka dengan itu, inilah kursus2 yang telah didaftarkan . Secara rasminya juga Eizzack adalah student Sem 2 QI10 USIM . Banyakkan kursus yang diambil ?? Nak buat macam mane selagi kita hidup kita kenelah menimba ilmu " Tuntutlah Ilmu hingga ke negeri China ".
Jadual Sem 2
Setakat nie jadual nak kate padat 2 memang la :: tapi nie x update dengan tutorial lagi :: kene tunggu 24 Februari 2012 baru tutorial keluar :: BERSABAR dengan MENUNGGU :: SABAR SEPARUH DARIPADA IMAN ::. cuma group telah pun bertukar ke BQB 3 daripada BQB 5 :: terpaksalah berpisah dengan group BQB 5 SEM 1 :: separuh masuk BQB 3 separuh lagi BQB 4 :: Walaupun kita berlainan kumpulan kta tetap "1 FAMILY " ::.
Result Sem 1
Setakat nie result ALHAMDULILLAH menyenangkan apabila No. 3 berada di hadapan :: syukur Ya Rabbi :: tapi mmg rase x puas hati juge. Setakat nie je la yang boleh dikongsikan setelah lama Eizzack tak menulis dalam blog nie ::.

.:: SyukRaN JaZiLaN KeRaNa SuDi BaCa ::.