Pages

2Nd Day @ ING INSURANCE MeDiCaL caRd

Assalamualaikum . . .

Hari ini ana melangkah sekali lagi sebagai seorang pekerja di ING Insurance . . . pada sebelah pagi . . . ada seorang diantara beribu masyarakat di Malaysia yang telah memarahi ana . . . "Mana awak dpat nombor saya . . . ?" Ana cakap " Kami dapat secara random je daripada pemegang-pemegang medical card kami, cik" Dia tengking balik "Nama awak ape?" - "saya Faiz" - "siap awak saya akan cari awak!" . . . dalam hati ana "kelakar nye orang nie . . . ingat senang nak cari orang bernama FAIZ  . . . berjuta-juta plak" Calling punya calling  . . . ada sorang mamat nie "maaf saya kat Australia nie" . . . hehehehe . . . . . time tengah hari plak Pn. Seri ajak ana pergi Lunch . . . ana cakap "saya bawa nasi lemak dah" . . . reaksi die "takpe la . . kita jalan2 je amik angin luar" . . . ana pon tak kesah la . . . tu je kot untuk hari nie punye cerita kalau ade benda best ana kongsi yer . . .

Wassalamualaikum . . .

1st Day @ ING INSURANCE MeDiCaL caRd

Assalamualaikum . . . 

Terima kasih kerana sudi untuk membaca karya yang tidak seberapa ini.

Pada 29 November 2010. . . ana telah melangkahkan kaki ana ke Wisma ING Taman Shamelin Perkasa. . . . Setibanya Pn. Seri Alha Ibrahim ke dalam pejabat . . . ana dipanggil ke dalam bilik meeting untuk sdikit briefing . . ana diajar cara-cara untuk menjadi seorang yang dipanggil Sales clerk . . . setelah itu . . . mulalah kerjaya ana sebagai seorang pekerja . . . ana duduk di meja . . . serta meletakkan tangan di atasnya . . . serta mencapai gagang telefon fixed line . . . jeng-jeng . . . apa ana lakukan . . . ? Menangis . . . ? Telefon ummi dan walid . . . ? Telefon kakak dan keluarga . . . ? atau telefon kawan-kawan . . . ? . . . . Malangnya semua yang diatas bukanlah jawapannye . . . tetapi setelah gagang diangkat 1 ayat yang keluar "Hello . . . selamat pagi . . . maaf ye . . . saya Faiz . . . dari ING Insurans Berhad . . . encik nak pakai Medical Card tak . . . ? . . . Terima Kasih . . . " Telefon yang pertama . . . memang menggigil tangan dan bergetar gagang telefon . .  lama kelamaan . . . sudah terbiasa. . . begitulah yang dinamakan satu pekerjaan . . . setelah 200 calling . . . pelbagai reaksi masyarakat dapat dinilai . . . ada yang BERBUDI BAHASA ada yang TERKASAR BAHASA . . . dan sebagainya . . .

MENGHAYATI RAYA KORBAN/HAJI . . .

Aidil Adha disebut juga Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji. Ketika itu, sejak malam 10 Zulhijjah hingga 13 Zulhijjah, ummat Islam di seluruh dunia menyambut hari yang mulia ini dengan takbir, tauhid dan tahmid.

Bagi mereka yang ada kemampuan disembelih korban dan dengannya di bahagi-bahagikan terutama sekali kepda fakir miskin, sebagai tanda pengabdian yang tulus dan ikhlas dengan niat mencari keredhaan Allah.

Ibadah haji salah satu rukun Islam yang wajib kepada mereka yang mampu sekali seumur hidup. Di dalamnya banyak terkandung pelajaran, pendidikan dan pengalaman yang sangat berguna bagi kita yang mengerjakannya, Allah berfirman yang maksudnya:
“Dan serulah kepada manusia untuk mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki dan mengendarai unta yang kurus (kerana jauh perjalanan) yang datang dari segenap penjuru yang jauh . Supaya mereka menyaksi berbagai-bagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebut nama Allah anugerahkan kepada mereka, berupa binatang ternak. Maka makanlah sebahagian daripadanya dan berikanlah makan orang-orang yang sengsara dan fakir.”
(Surah Al-Hajj:27-28)

Berbagai-bagai manfaat dapat kita perolehi apabila kita menunaikan ibadah haji secara baik menurut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan, antaranya ialah:

Dapat menanamkan rasa ukhuwwah Islamiyah sedunia, menanamkan rasa persamaan, mendidik rohani dan jasmani kita supaya tabah dan sabar dalam menghadapi segala kesukaran didalam mengerjakan sesuatu perkara, dapat menambah pengetahuan dan pengalaman untuk mempelajari adat istiadat dan keadaan bangsa-bangsa lainnya dari seluruh dunia.

Yang datang menunaikan ibadah haji itu terdiri dari ummat Islam dari berbagai-bagai bangsa dan suku dan dari berbagai-bagai tingkat. Walaupun demikian, dihadapan Allah, mereka sama-sama hamba Allah, sama-sama berpakaian ihram bagi lelaki, iaitu pakaian yang tidak berjahit serba putih yang sehelai disarungkan dan sehelai yang lainnya diselempangkan menutupi sebahagian tubuh.

Padang Arafah merupakan tempat mereka berkumpul, kaya dan miskin,pegawai tinggi ataupun rendah, semuanya bersaudara, merupakan satu ummat yang bersatu padu di bawah kalimah ‘Lailaahaillallah, Muhammadurrasulullah.”

Alangkah gembiranya hati jika memandang betapa banyaknya mereka yang datang ke tanah suci, semuanya memohon kepada Ilahi Rabbi semoga dilimpahi kurnia menurut apa yang mereka hajatkan. Dikala itu, berkumandanglah ucapan zikir, talbiah, tasbih, tahlil, tahmid, doa dan sebagainya.

Penyembelihan korban yang dilakukan pada hari Raya Aidilaldhamerupakan pengorbanan yang telah diberikan oleh nabi Ibrahim alaihissalam dan anakandanya Ismail a.s.

Sewaktu Ismail telah dewasa dan dapat menolong ayahandanya, maka Allah telah menguji mereka berdua sebagaimana yang di ceritakan oleh Allah,
“Ketika anak itu pandai berusaha (dewasa), berkatalah Ibrahim:”Hai anakku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku bahawa aku menyembelih engkau, maka fikirkanlah, apa pendapatmu?” Ia menjawab: Wahai ayahku, laksanakanlah apa yang diperintahkan itu, Insyaallah ayah akan mendapati aku termasuk orang-orang yang sabar.”
“Tatkala kedua-duanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya di atas pelipisnya, dan Kami panggilah dia: “Hai Ibrahim, sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu, sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar.”
(Surah As Sooffat:102-107)

Inilah sebahagian daripada pengorbanan yang telah diberikan oleh Nabi Ibrahim dan Ismail dalam mematuhi perintah Allah atau dengan kata lain pengorbanan seorang ayah yang mendapat perintah untuk menyembelih anaknya sendiri yang sangat dikasihi dan Ismail sebagai seorang anak yang taat dan setia di atas perintah Allah dan dengan tidak ragu-ragu meminta supaya ayahnya melaksanakan perintah itu dengan segera.

Akan tetapi Allah tidaklah seekejam itu, Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Hanya itu merupakan satu cubaan daripada Allah terhadap hamba-hambanya sampai ke mana kecintaan dan ketaatan hamba itu akan terbukti di dalam menempuh cubaan dan dugaan. Kerana Nabi Ibrahim dan Ismail telah lulus dalam menempuh cubaan itu, maka Allah menggantikan Ismail dengan seekor sembelihan.

Semoga dalam menyambut Aidiladha dapatah kita hayati hikmah-hikmah yang terkandung di dalamnya. Mudah-mudahan Allah menyatukan kembali seluruh hati ummat Islam yang sedang berada di tebing bahaya kemusnahan.

Semoga kita semua sedia untuk berkorban demi kepentingan ummat Islam, dan terciptanya kembali keagungan Islam dan ummatnya.