Pages

ReSuLT SPM '09 :: SyuKuR Ya RaBBi



Pada hari Khamis (11 Mac 2010),Tyme tu semua pelajar STAM 2010 balik, tapi ana tak nak balik memandangkan jarak perjalanan yang jauh. Seluruh anggotaku menggeletar serta menggigil. Kenapa? Mestilah sebab hari tu result SPM 2009 keluar. Seluruh jiwaku tak tenteram. Kehulu kehilir. Jam semakin berdetik. Sehingga jam pukul 12.00 tengah hari, ana saja-saja nak masuk dewan, tiba-tiba guru kelasku (Us. Khairul Nizam bin Mohamed Ali) memanggilku dengan nada yang gembira. Beliau menyuruhku ana datang cepat. Lalu menyelam tanganku. Beliau mengucapkan ucapan "TAHNIAH !". Tyme tu memang ana rasa cukup bersyukur. Then, ana terus call Bunda. Bunda pun mengucapkan "TAHNIAH !" dan menanya "Adakah abang puas ?". Yang emangnya ana puas. Kenapa bunda tanya begitu? Kerana result ana adalah paling tinggi daripada result kakak-kakak ana yang sebelumnya. Malam esoknya keluarga belanja makan malam n makcik belanja Domino's Pizza.

Syukur ALHAMDULILLAH.

HaRi TaNPa PLaSTiK BeG ? ? ?

Hari Tanpa Beg Plastik adalah satu kempen yang telah dimulakan oleh kerajaan Selangor bermula awal tahun ini dan perlaksanaannya mula dapat dilihat. Namun begitu, apakah kempen Hari Tanpa Beg Plastik yang bertujuan menyemai semangat sayangkan bumi ini mampu dijadikan sebagai tabiat harian dan bukan sahaja untuk hari Sabtu bagi penduduk di Selangor?

Melihat daripada sudut yang positif, kempen ini sudah pasti memberikan banyak impak kepada alam sekitar bukan sahaja untuk masa sekarang, malah untuk masa depan buat anak cucu kita. Tak perlu saya terangkan apa kesan positif daripada pengurangan penggunaan beg plastik dan kesan negatif penggunaannya, namun jika anda kurang jelas, anda boleh lawati laman web kerajaan Selangor di www.selangor.gov.my untuk keterangan lanjut.

Saya tahu akan kempen ini sejak sebulan yang lalu ketika mana saya ke SpeedMart 99 Pandan Utama, Kampung Pandan. Hari itu bukan hari Sabtu, namun saya lihat satu notis di kaunter pembayaran mengenai kempen ini. Saya baca dan fahami setiap perkataan yang ditulis pada notis tersebut. Dalam hati saya terdetik, akhirnya kerajaan sedar dan peka akan permasalahan ini dan mula mengambil tindakan sewajarnya. Pada ketika itu saya bersama abang sepupu saya dan kami berbincang akan perlaksanaan kempen ini dan sejauh mana kempen ini mampu memberikan kesan atau impak yang kita kehendaki.


Salah satu perkara yang kami bincangkan ialah Hari Tanpa Beg Plastik untuk setakat ini hanyalah disertai dan disokong oleh organisasi-organisasi dan pasaraya-pasaraya besar seperti Giant, Tesco, SpeedMart, 7-Eleven dan sebagainya. Namun, kempen ini tidak langsung dijalankan oleh kedai-kedai runcit, pasar-pasar tani dan sebagainya. Apa yang ingin saya maksudkan di sini ialah perlaksanaan masih tidak menyeluruh dan penguatkuasaannya masih lemah. Perkara ini jelas dapat saya lihat ketika membeli di beberapa kedai di sekitar rumah saya. Jika betul mahu dilaksanakan kempen ini, semua pihak harus sedar dan bersama-sama menjayakan kempen ini. Tak kisahlah kedai tu tak ramai pelanggan macam di Giant dan Tesco sekalipun, namun perlaksanaan, kesedaran dan sokongan ke atas kempen Hari Tanpa Beg Plastik ini harus sama-sama kita jalankan.

Masih ada kompromi dalam sesetengah situasi di mana Hari Tanpa Beg Plastik ini tidak dipedulikan atas dasar kerana musim perayaan. Saya baca satu entri yang ditulis di laman blog Kujie2. Dalam entri tersebut, Kujie2 telah menulis pengalamannya ke Tesco pada hari Sabtu lepas dan menyatakan bagaimana kempen Hari Tanpa Beg Plastik ini diabaikan hanya kerana musim perayaan. Jadi dimana komitmen dan sokongan kita terhadap kempen ini? Jangan kita buat sekadar hangat-hangat tahi ayam sahaja akan kempen ini. Jika betul kita mahu lakukan perubahan, berikan komitmen dan sokongan sepenuhnya.

CUTI SEKOLAH KEMBALI LAGI !


SEKARANG musim cuti sekolah. Anak remaja pasti gembira selepas penat belajar, tiba musim merehatkan minda. Kepada yang berjaya dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini, lebih bermakna meraikan cuti.

Kepada mereka yang menghadapi PEPERIKSAAN AWAM 2010 (UPSR,PMR,SMA,SPM,STAM & STPM) jangan leka bertungkus-lumus dan berdoa untuk menjadi terbaik.

Sesetengah ibu bapa mungkin sudah atau sedang merancang untuk memanfaatkan cuti yang panjang. Semoga perancangan digarap terbaik untuk anak-anak. Sebab anak aset paling berharga untuk keluarga, agama dan negara.

Manusia memang perlu didisiplinkan dengan sistem. Islam sendiri adalah satu sistem. Solat ialah satu sistem, puasa, zakat ada sistem tersendiri, apa lagi ibadat haji. Dengan amalan Islam, hidup kita lebih bersistematik.

Pada musim cuti sekolah ini, cuti cuti juga tetapi jangan sampai lupa sistem. Jika ketika bersekolah kita kena bangun awal sebab mahu ke sekolah. Dengan adanya sistem solat, walaupun musim cuti sekolah tetap kena bangun awal.

Janganlah mentang-mentang tidak bersekolah, solat Subuh menjadi Subuh gajah. Yang ini ibu bapa kena pastikan anak-anak bangun bersolat Subuh.

Begitu juga pelajar perempuan, mereka ke sekolah pakai tudung. Tutup aurat bukan kerana disiplin sekolah atau untuk kelihatan cantik menawan atau bersopan atau sebab orang lain memakainya tetapi mereka melakukan demikian disebabkan perintah Allah.

Begitu juga dengan waktu, jangan buang masa, sebab masa adalah kehidupan. Sebenarnya walaupun kita ada masa cuti dan berehat perlu diingat syaitan dan iblis serta konco-konconya tidak pernah berehat atau cuti. Makhluk ini tidak tidur malam, malah misinya tidak akan berhenti sehingga manusia tergoda dengan pujukannya.

Syaitan dari awal lagi mengisytiharkan perang dengan anak Adam untuk menyesatkannya selagi nyawa masih di badan.

Cuti, cuti juga tetapi jangan sampai solat pun bercuti, tutup aurat cuti dan al-Quran pun cuti. Sebenarnya Allah memerintahkan kita mentaati-Nya supaya kita hidup bersistem dan Allah hendak menjanjikan syurga kepada kita.

Syaitan yang tidak pernah cuti itu akan terus menggoda kita supaya sama-sama menemaninya di neraka dan supaya kita hidup tidak berdisiplin.

Apabila tidak mengikuti Islam kita tidak berdisiplin. Apabila tidak berdisiplin akan menjadi seperti Mat Rempit, bukan saja tidak berdisiplin di jalan raya, malah kadangkala mencabar undang-undang, menagih dadah dan apabila sudah tidak takut Tuhan, membujur lalu melintang patah.

Remaja Punk dan Black Metal sanggup makan tulang dan makanan buangan sedangkan yang baik mereka tinggalkan sebab sudah tiada disiplin. Semuanya bermula kerana tidak takut Allah. Apabila tidak takut, tiada disiplin.

Kepada ibu bapa, cuti-cuti juga, program pembangunan iman untuk anak-anak mesti masuk dalam agenda. Bawa anak-anak remaja mengerjakan solat berjemaah di masjid.

Ajak mereka bersama mendengar kuliah yang tidak pernah lekang diadakan di masjid, malah mengaji al-Quran bersama sama ada pada awal pagi atau petang.

Hadiahlah mereka dengan buku-buku dan cerita bermanfaat. Hantar mereka ke kem motivasi untuk peningkatan sahsiah (peribadi), ajak menziarahi rumah anak yatim supaya timbul keinsafan, bawa mereka menziarahi sanak saudara untuk meningkatkan ukhuwah dan filem yang menginsafkan ditonton bersama.

Bagi masjid, rancanglah program yang efektif kepada masyarakat. Wang derma yang dihulurkan jemaah jangan hanya disimpan untuk pembelian cat dan pengindahan masjid semata-mata, tetapi sebaliknya pulangkan wang terbabit kepada jemaah dalam bentuk program dan pembangunan pendidikan.

Melalui program sebegini barulah jemaah berasa berbaloi dan akan menderma lagi, sesuai dengan hasrat negara membangunkan modal insan.

Cuti-cuti juga, beribadat jangan berhenti, taat jangan berkurang, kerja diteruskan, sebab di dunia tempat mencari bekalan. Bercuti dan berehat sebenarnya di syurga yang abadi. Selamat bercuti!