قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : من صام رمضان
إيمانا واحتسابا ، غُفر له ما تقدم من ذنبه
رواه الشيخان
Rasulullah Salallahu alaihi wa sallam bersabda.
“Ertinya : Barang siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan berharap pahala Allah, maka diampuni dosa-dosanya di masa lalu.” (Hadits Riwayat Imam Bukhori dan Imam Muslim)
Oleh itu, sebagai seorang Hamba Allah kita hendaklah selalu memohon KEAMPUNAN kerana keampunan Allah itu sangat luas seperti luas nya lautan yang tidak bertepi langit yang terbentang tanpa penghujung. Dibulan yang penuh dengan kemuliaan ini sama2lah kita bermuhasabah balik apa yang kita telah lakukan.
Firman Allah dalam Surah Al-Mulk :
الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلا
Allah melihat AHSANU AMALA iaitu amalan yang terbaik KUALITINYA bukan KUANTITINYA.
Bulan2 Ramadhan nie teringat pulak dengan suasana sekolah di Ma'ahad/Sek. Men. Hafiz, Klang/Sg. Pinang. Lebih2 lagi baru2 ni keluar dalam dokumentari KALAMULLAH di KACA TV.
.:: SyukRaN JaZiLaN KeRaNa SuDi BaCa ::.