Setiap tahun tanggal 16 Mei merupakan hari yang sungguh bermakna kepada semua para pendidik. Tidak kira mereka mendidik di peringkat mana sekali pun ianya amat member impak yang begitu luar biasa. Hari Guru yang disambut setiap tahun ini merupakan satu hari yang menampakkan jasa guru dikalangan para pelajar dan penuntut. Hampir setiap sekolah di seluruh Malaysia mengadakan sambutan hari guru pada tanggal 16 Mei setiap tahun dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari para pelajar. Kiriman Terima Kasih dan Hadiah menyerikan lagi majlis sambutan tersebut. Linangan air mata kegembiraan tanda terharu para guru juga tidak boleh dilupakan. Dimana bumi di pijak di situ langit dijunjung. Bermula dari ibu bapa kita sebagai guru kemudian dihantar ke sekolah untuk menuntut ilmu sebenar daripada guru yang dianggap sebagai “Second Parents”. Lebih utama lagi jikalau guru-guru mendidik pelajar seperti “menatang minyak yang penuh” dan disertakan dengan kasih saying. Panggilan “anak-anakku” kepada para pelajar mengeratkan lagi hubungan mahabbah. “Mama, papa” juga dikalangan para pelajar kepada guru-guru juga tiada bezanya.
Dari kegelapan hadirnya cahaya,Membawa kami terus menimba ilmu,Dari kecil hingga ke tua,Tetap kami kenangkan akan jasamu.
Terima kasih daku ucapkan kepada guru-guru yang pernah mendidikku tanpa rasa jemu. Memarahiku tanda kasih dan sayang. Menuntunku kearah ilmu Allah yang sungguh luas seperti langit yang tiada penghujung dan laut yang tidak bertepi. Mengajarku dengan penuh kesabaran, kecekalan di hati dan jiwamu. Membesarkanku dengan penuh etika dan disiplin yang ditanam dalam jiwaku hinggalah kini Alhamdulillah daku berada di bawah lembayung UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA.
“TERIMA KASIH GURUKU / شكرا على خدماتكم “
DAKU RINDU AKAN KAMU . . . أشق اليكم جميعا
Bekas penuntut di :
TASKI ABIM AR-RAHMANIAH, KG. PANDAN, KUALA LUMPUR (97-98)
SEKOLAH RENDAH ISLAM AL-AMIN KUALA LUMPUR (99-04)
MAAHAD/SEK. MEN. HAFIZ, KLANG, SELANGOR (05-06)
SEKOLAH AGAMA MENENGAH TINGGI KUALA KUBU BHARU (07-10)
.:: SyukRaN JaZiLaN KeRaNa SuDi BaCa ::.