23 Januari 2011
Aku melangkah keluar dari rumah jam 3.00 petang. Kini aku berada di Seri kembangan. Hari ini buat pertama kalinya dalam hidupku menetap di sebuah rumah sewa di Puncak Jalil 2/10. Buat pertama kali nya aku menetap seorang diri pada tahun 2011 ini. Kini aku telah berjauhan daripada keluarga semula. Tetapi bagi aku perkara ini mungkin sama seperti berada di asrama. Kenapa aku berada di sini? Di mana ? Aku berada di sini bukanlah atas dasar belajar tetapi aku berada di sini atas dasar "al-yaddul 'uya khoirum minal yaddul sufla" atau kata lainnya mencurahkan segala ilmu yang telah diberikan kepada orang yang memerlukan di Kafa Intergrasi Al-Firzana yang terletak di Equine Park Seri Kembangan dan Kafa Integrasi Ibnu Sina di Puncak Jalil. Di rumah ini setakat ini aku hanya tahu cuma ade seorang saja pekerja Firzana’s Kitchen. Tapi yang lain aku tak tahulah. Waktu dorang bekerja pun lain dan sangat berbeza. Aku bekerja dari pukul 7.30 pagi hinnga 6.00 petang. Tetapi dorang bekerja dari 4.oo petang hinnga ke 1.00 pagi. Aku balik je dorang dah pergi kerja. Bila aku bekerja, dorang plak berehat (tidur). Rasanye cukuplah setakat ini. Badan pun dah penat mengemas. Kini tibalah masa untuk berehat dan melelapkan mata menanti hari esok.
24 Januari 2011
7.30pagi
aku telah melangkah ke Kafa Integrasi Ibnu Sina di PUJ 2/1. Aku telah diberi tugasan untuk menyemak bacaan Al-quran dan Iqra serta surah hafazan pelajar darjah 3B. Sebaik saje aku masuk ke dalam kelas….”Assalamualaikum semua”. “Waalaikumussalam Warahmatullahi wabarakatuh” (style budak-budak). “Saya Ustaz Faiz akan memantau kelas kamu ini”. Ape lagi…aku pun tak tahu nak buat ape…”Okay sume sila ulangkaji bacaan kamu dan saya akan panggil seorang2 sebentar nanti”. Setelah menyemak kehadiran aku pun mulalah semak bacaan dorang. Macam-macam perangai. Satu kelas tu tak lah ramai sangat cuma ada 12 orang je. Ade sorang yang paling becok. Tapi budak lelaki lah. Nama dia kalau tak silap Zhareef. Memang bising mengalahkan mak nenek. Hihihi.
9.30 pagi
Tyme nie mase dorang rehat. Dalam kelas je. Tengok je dorang makan sambil berborak. Ade 2 pelajar nie muke familiar sangat. Sorang pompuan muke macam anak Ush. Noorlelawati (Najwa) dan sorang lagi muka macam Adam Kamal. Sebijik sejiban la katekan.
10.00 pagi
dorang solat Dhuha berjemaah tapi sebelum tu aku kene tengok dorang amik whudu’. Lpas tu pantau dorang solat Dhuha plak. Macam2 pe’el.
10.40 pagi
Dorang beratur mengikut van untuk pulang ke rumah. Dan aku pula balik ke rumah sewa untuk berehat. Pukul 2.30 petang kene ready untuk tahap 2 pulak. Tak tahu lah ape pulak perangai dorang lepas nie. Harap2 sumenye OK lah.
2.30 petang
Aku bergerak menuju ke Kafa Integrasi Ibnu Sina. Kali ini aku join pelajar2 dan guru2 perhimpunan pagi. Memang tak terkawal. Lagi2 aku sorang je guru lelaki (ustaz). Lepas perhimpunan aku telah diberikan tugas seperti biasa menyemak bacaan Al-quran dan iqra’. Kali ini aku diberikan kepada Tahun 4. Pergh…memanglah kau..habis suara aku. Anak tekak dah macam nak terkeluar dah. Dahlah kelas sempit. Orang pulak ramai. Nasib baik ada air-cond boleh lah tahan panas sikit. Dalam kelas nie ade muka pelajar sama seperti Shukri Rosli (Irfan Harith) dan Ikmal Razali (Amirul Haikal) dengan sorang lagi muka sama dengan Nazmi tingkatan 2. Tiga orang tu je la yang aku perasan.
5.45 petang
Nie mase yang ditunggu2. Mase ape erk..? Mestilah mase balik. Hihihi. Lepas pelajar2 dah balik, aku tunggu kat kafa tu dengan beberapa lagi ustazah termasuklah Ain Rahmat tengok dorang mengemas. Tengok je. Lepas tu aku pun balik ke rumah sewa. Lepas je solat Asar aku pergi lah jalan2 kat sekitar taman tu. Saje je nak keluarkan peluh. Then, aku pun balik. Kebetulan pak cik sebelah rumah tu pun baru balik. Aku berboraklah sikit tentang public transport. Dukacita sangat sebab kawasan rumah aku tu tak de benda alah tu. Lepas tu pak cik tanya “Kamu mengajar ke?”. “Yup cik mengajar iqra’ dan al-quran kat kafa tu”. Pakcik tu tanye lagi “Kalau macam tu boleh lah ajar anak pak cik nie ngaji malam2 kat rumah”. “Sememangnya boleh pak cik daripada duduk sorang2 bosan kat rumah nie”. Hehehe.
7.00 malam
Bersih diri. Lepas solat Maghrib aku masak HarMee. Perut pun dah berkeroncong main lagu “Tolong Ingatkan Aku”. Al-maklumlah juara lagu 2010 nyanyian Ana Rafali. Hahahah. Ok la… Selamat menjamu Selera.
25 Januari 2011
7.30 pagi
Seperti biasa aku bergerak ke sekolah. Hari ini ada 1 je benda yang menggeletek aku. Apa benda ? Erm. Biasa lah budak2. Aku diberi tugas untuk menyuruh dorang hafaz dan tasmik Surah al-Qadr. Bukannya apa. Sebab dah termasuk dalam silibus dorang. Semlam kan aku ada sebut tentang muka yang seakan2 Adam Kamal ? Ingat lagi ? Hari ini dia jerit kat satu kelas “Ustaz kata sapa tak hafaz Surah Al-Qadr tak boleh pergi rehat”. Aku ikutkan saja lah. Tiba2 ada sorang nie tyme rehat dia menangis. Apa lagi, dengan lemah lembutnya aku pun tanya “Kenapa nangis2 nie ?”. Dia jawab “Ustaz kata tak hafaz tak boleh rehat” (dalam sebak tangisan). Erm. Takkan lah pasal tu pun boleh nangis. Dia kate nak hafaz tapi tak dapat ayat last sebab kawan2 bising. Tapi dia bagus lah, kawan2 dia bising je mula lah dia tumbuk2 kawan dia. Wuteva lah (dalam hati aku je la). Aku pun pujuk lah dia makan sampai aku yang bukakan ikatan getah kat bungkusan Drumet goreng. Nyum2 Nyum. Sedap ! Tapi aku tengok je la. Hihihi.
11.45 pagi
Hari ni pulak aku bermula mengajar Iqra’ kat Tadika Firzana pulak. Masuk2 je dalam kelas, pergh memang bersepah giler la ditambah dengan bising kalah pasar malam. Aku pun duduk dan semak bacaan iqra’ dorang. Bacaan dorang Ok la. Cuma ade sorang je yang pelik. Dahlah huruf pun baru nak kenal dan bile sebut tak sebut betul2. Huruf syin disebutnya jim huruf sin pun bunyi jim bukan tu je tapi banyak lagi. Rekod bacaan dia pun dah dekat 2 minggu asyik sebut huruf hijaiyah je. Apa la nak jadi ? Perangai pulak tk tahu lah nak cakap macam mana sebab memang tak duduk diam. Ada yang menari lah ada yang baik je duduk diam ada plak yang asyik nak bersihkan kelas je. Tapi yang paling tak best nya bila ada sorang budak nie amik bulu ayam lepas tu pergi sapu songkok 2 orang ustaz termasuklah aku. Nasib baik tak terbersin aku dibuatnya. Memang parah.
2.30 petang
Petang ni pulak aku ke Kafa Integrasi Al-Firzana pulak. Hari pertama di sini. Kat sini lepas je semak bacaan kelas Tahun 4 aku terus je mengamuk. Apa lagi marah jangan tak marah ! Ada yang dah lah tak bawa iqra’ dan al-Quran tapi mainan dia bawa. Memang kene rampas lah dengan aku. Sebelum dorang rehat aku soal pasal Tajwid Tahun 3. Semua tak berani nak cakap. Tak dapat jawab memang sakit lah kaki kene berdiri. Biar padankan muka dorang. Cuma dalam kelas ni pulak ada pelajar ni muka dia macam Hawa kat SAMT Kuala Kubu Bharu selain tu ada jugak muka yang sama dengan Muhammad Ammar Razali (SAMTKKB) tapi dia ni pelik sikit. Nak tahu kenapa ? Erm..bila aku panggil je nama dia untuk baca tiba2 dia malu2 kucing pulak. Ntah kenapa ntah. Last2 dia tak nak baca pun.
4.30 petang
Buat pertama kalinya tyme ni aku mengajar. Mengajar ape ? Ajar pasal solat terawikh je. Aku pun tulislah dekat whiteboard dengan penuh yakin. Erm...cantik jugak tulisan aku rupanya. Sementara dorang salin aku pun berjalan ke depan ke belakang. Tiba2 aku dengar budak tu kata huruf “ro” aku pelik. Aku tanya balik budak tu. Dia kata macam ada lenggok. Apa lagi aku cakaplah “owh ! itu seni”.
6.00 petang
Ni la masa yang ditunggu2. Apa lagi masa balik le. Aku pun tunggu van Ustaz Hj. Kamal (Walid) untuk balik ke rumah sewa. TApi sebelum tu kena lah hantar pelajar2 tu pulang ke rumah masing2. Sampai je rumah aku pun terlentang kepenatan. Erm. Memang penat. Selak2 buku Rekod Pengajaran dan Pembelajaran (RPP) tebal tu. Dahlah ada 2 buah. Seksa nak bawa benda tu. Lenguh tangan dibuatnya. Dah selak2 tu memang ada yang tak faham.Tapi, Ustazah Suzana dan Ustazah Noorlelawati la yang jadi mangsa aku untuk menjawab segala pertanyaan. Bukan nak mendera tapi juz nak tanya je. Lepas tu apa lagi macam biasa lah solat Maghrib dan Isyak, makan2 ringan dan titon la.
26 Januari 2011
8.00 pagi
Hari ini aku tak tahu nak cerita apa sebabnya benda nya berulang je. Cuma pagi ni aku masuk mengaja kelas Darjah 3 yang lagi satu. Bila aku tanya nie kelas 3 ape, semua kata “Ntah ustaz kami pun tak tahu”. Wuteva lah. Sebenarnya aku pun tak tahu nak ajar apa tapi bantai je la coz nanti bising pulak. Aku pun tanya lah dorang “Setakat ni dah belajar ape?”. Dorang kata Tajwid je. Pe lagi aku pun soal la. Memang ramai lah tak dapat jawab. Macam2 alasan. Keramaiannya tak hafaz sebab dorang amik mudah je. Sedangkan tajwid tu kan penting untuk baca al-Quran. Patutlah hampir semua pelajar kat situ baca tunggang-langgang.
12.00 tgh hari
Hari nie hari kedua aku ke Tadika Firzana. Masuk2 disambut dengan baik dari kelas 6 Eagle. Aku pun duduk la. Lepas tu sorang2 datang kat aku “Ustaz2 saya nak marker”. Aku ni bukan tak nak bagi juz nanti ink habis kena beli. Aku tak layan pun dorang. Malas la. Memang mood aku hari ni pun tak baik. Sorang2 kena marah. Si budak Amin ni pulak lagi la dah la huruf thin jadi jim huruf sin pun jadi jim. Geram gile ajar dia. Sebut huruf je bukannya susah pun. Huruf “S” pun tak kenal. Eeeeee.
3.30 petang
Petang ni aku masuk kelas Darjah 6 pulak. Senyapla sikit. Aku tanya pasal solat. Alhamdulillah ok. Tapi bila tanya pasal solat Jumaat lagi la banyak masalah. Lepas tu aku suruh dorang buka buku tulis Feqah yang diajar oelh Ush. Asmawati sebelum ni. Aku tengok pasal Haji dan Umrah. Lepas je soal siasat dorang aku pun bagi la tips rukun haji dan wajib haji yang telah diajarkan kepadaku oleh Ush. Noorlelawati Abdul Ghani. Syukran ye ustazah.
4.30 petang
Tyme nie dorang rehat. Aku pun borak2 la dengan Ustaz Azali. Dia kata dia dah tak tahan nak mengajar kat situ. Aku senyum je la. Bak kata lagu “ senyum ! tak perlu kata apa2”. Mana tak nya selama ni hanya guru perempuan je yang mengajar. Patutlah ustaz pun dorang tersyasyul pangil ustazah. Dimanjakan sangat. Tengok lah minggu depan aku nak je bawa rotan.
5.00 petang
Aku masuk kelas semalam Darjah 4, aku suruh dorang susun meja secara berdua2. Baru nampak tenang sikit. Hari ni Sabrina ok sikit. Dah tak banyak main. Tapi dia makan Choki2 pulak. Aku cakap aku nak. Dia kata esok dia bagi. “Ustaz nak yang mana satu ? Coklat ke campur ?”. Must la nak campur. Ihihi. Sambil semak bacaan dorang aku nampak Nur Ikmal main pembaris kayu panjang. Aku pun cakap nak pinjam. Untuk apa ? Untuk kawal kelas dorang la. Senyap. Alhamdulillah. Pelajar2 yang main memang kene penangan pembaris tu.
8.00 malam
Malam ni aku malas nak masak Har Mee, so aku pun pergi la beli nasi lmak kukus kat tepi restoran mamak dekat2 Kafa Integrasi Ibnu Sina. Ooops ! Lupa pulak nak bagitahu yang rumah sewa aku ni dekat je dengan kafa tu. Aku beli lauk sambal kerang. Pergh...memang sedap ! Nanti nak beli lagi la.
27 Januari 2011
8.00 pagi
Aku masuk ke kelas 3A. Mengikut jadual aku mengajar Asas Jawi. Erm..dah lah aku tak suka jawi. Bukannya apa juz jawi aku pun terabur kadang2 je la. Tapi nasib baik lah senang je. Aku bagi dorang 8 perkataan. Seterusnya latihan buat ayat. Kelas 3B pun sama latihan dan nota. Lepas tu dorang pun hantar tapi tak ramai sangat. Yang rajin je.
3.00 petang
Aku diminta untuk masuk kelas Tahun 4. Rupa2 nya aku ni Guru kelas dorang. Pergh..Nasib baik OK la. Masuk je kelas aku pun menulis jadual kat whiteboard dan suruh dorang salin. Tapi ada je yang tak salin langsung. Ada yang cakap “Ustaz, kenapa tak bagi je jadual tu kat kami?” Akupun balas la balik “Dah sehelai je yang ada kat ustaz macam mana nak bagi”. Aku berada dalam kelas tu sampai lah dorang rehat pukul 4.30. Sambil semak bacaan dorang aku tanya la sikit kat pelajar senior (dari darjah 1 sekolah situ) “Sekolah ni tak pernah ada USTAZ KE ?” Ikhwan jawab “Tak pernah pun. Tu la kadang2 kami terpanggil ustazah kat ustaz”. Aku tanya pasal ustazah then dorang cakap “Ustazah marah biasa je kalau marah sangat pun cubit je”. Maybe minggu depan aku nak bawa rotan. Sebab dorang ni memang tak pernah diajar oleh ustaz. Kalau ustaz dengan ustazah memang beza cara mengajar. Hihihi.
8.00 malam
Nasib baik la baju sidaian pagi tadi kering walaupun hujan sebelah petang. Alhamdulillah. Malam ni malam terakhir dalam minggu ni aku duduk rumah ni. Esok petang aku nak balik Ampang. Tak sabar rasanya. Nak jumpa keluarga sambil bawa balik RPP untuk dikemaskini. Selama ni aku hanya bawa sebagai syarat je. Hihihi..
.:: Jika Anda Suka Post Ini Jangan Lupa Klik "LIKE" ::.