
MaRi MeNJaNa PeNDaPaTaN ! !
salam semua.... mintak ampun mintak maaf byk2 sbb menge"tag" gambo korang ye... ni.. aku baru je jumpa bnde ni.. nk suro korang try.. yela.. aku paham byk bnde kat internet skrg ni yg ntah pape n bukan2.. so, aku jumpa la bnde ni... bnde n sgt2 best sbb yg pertama adalah bndenya FREE, yg kedua, kita ni jd pengiklan utk... diorang n they will pay us 0.03 usd for a single click, n 3 usd for each sub affiliates registered below us... so, kalo korang minat, blehla join n sign up bnde ni.. FREE je.. aku baru je try dlm satu hari setengah n da dpt 37.68 usd.. ok la.. die akan byr masuk paypal.. n skrg paypal da bleh transfer masok akaun bank tempatan tau.. menarik kan??
ha... kalau nk tau mcm mana nk transfer nnt msg aku ok!! kalo x nk try pun.. tolong aku klik kat link bawah ni je k!! tolong aku k.. sedekah kan amaln jariah.. hahahha...;p
http://www.income-web.biz/?a_aid=4c10be6945310
lepas sign up.. die akan bg link... n korang promote la habis habisan.. k!!
sila klik dulu ye... dada..

QuNuT NaZiLaH FoR PaLeStiNe & GhaZa

Umat Islam di minta berdoa walau dimana berada dan bila2 masa untuk keselamatan diri dan kaum muslimin. Namun, selain berdoa secara biasa, Nabi mengajar kita dengan sesuatu yang lebih tajam dari itu, iaitu berdoa dalam qunut pada setiap solat yang

Apakah maksud nazilah?
Ia bermaksud sesuatu perkara yang berat dan dahsyat yang menimpa sesuatu kaum seperti ketakutan, serangan musuh dan sebagainya. Doa ini dibaca setelah bangun dari rukuk bagi rakaat terakhir pada setiap kali solat fardhu sehingga nazilah itu diangkat oleh Allah. Ini bermakna, setelah nazilah itu tiada lagi, maka amalan qunut ini perlu dihentikan.
Terdapat banyak rekod bahawa Nabi melakukan qunut Nazilah dalam beberapa tempat dan keadaan. Antaranya sebagaimana berikut:
Daripada Anas:
أن النبي – صلى الله عليه وسلم – قنت شهراً حين قُتِل القُرّاء، فما رأيته حزن حزناً قط أشدّ منه
Maksud: Sesungguhnya Nabi s.a.w. berqunut selama sebulan semenjak para penghafaz al-Quran telah terbunuh, maka tidak pernah aku melihat baginda begitu sedih dengan kesedihan sekuat itu. (al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, jil. 5, hlm. 180, No. hadith: 1300.)Daripada Ibn Umar:
أنه سمع النبي – صلى الله عليه وسلم – إذا رفع رأسه من الركوع في الركعة الأخيرة من الفجر يقول: (اللهم العن فلاناً وفلاناً وفلاناً بعدما يقول: سمع الله لمن حمده، ربنا ولك الحمد
Maksud: Sesungguhnya dia mendengar Nabi s.a.w. ketika mengangkat kepalanya daripada rukuk pada rakaat yang terakhir bagi solat Subuh, baginda berdoa: “Ya Allah, Engkau laknatlah si fulan, si fulan, si fulan selepas baginda menyatakan : سمع الله لمن حمده، ربنا ولك الحمد. (al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, jil. 13, hlm. 442, No. Hadith: 4069)Dan banyak lagi riwayat yang datang dari amalan Nabi, para sahabat dan tabi’in sebagai bukti bahawa ia adalah perkara yang disyariatkan ketika umat Islam dalam keadaan yang sangat menekan dan menderita kesusahan.
Doa qunut nazilah tidak ditetapkan teksnya, dan bebas kepada individu untuk membacanya apa sahaja permohonan demi menyelamatkan umat Islam yang tertindas dan tertekan dengan ujian yang berat. Apa yang jelas, qunut nazilah mengandungi permohonan yang mendalam agar diberi kesalamatan ke atas kaum Muslimin dan permintaan agar dihancurkan dan dimusnahkan musuh-musuh Islam. Ibn Taimiyyah mengatakan bahawa; “Maka adalah sunnah untuk berdoa qunut ketika nazilah menimpa dan didoakan padanya apa yang berkaitan kaum yang memerangi.” Beliau juga mengatakan bahawa, “dan diharuskan untuk orang yang berdoa pada setiap qunut nazilah dengan doa yang berkaitan dengan nazilah tersebut.”

Subscribe to:
Posts (Atom)